Sirih cecawi
Sirih cecawi

Sirih cecawi

Sirih cecawi[2] atau sirih lurik[3] (nama botani: Scindapsus pictus) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Araceae yang tempatan dari India, Bangladesh, Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo, Jawa, Sumatera, Sulawesi, dan Filipina.[4]Ia adalah pepanjat malar hijau yang tumbuh sampai 3 m (10 ka) tinggi. Warnanya hijau pusam dan dilitupi tompok perak. Bunganya yang kecil jarang terlihat dalam penanaman. Nama spesifik pictus iaitu "berlukis", merujuk pencorakannya pada daun.[5]Dengan ketahanan suhu minimum 15 °C (59 °F), tumbuhan ini ditanam menjadi tanaman rumah di kawasan beriklim sedang, dimana ia tumbuh selalunya melebihi 90 cm (35 in).[6] Kultivar 'Argyraeus' pula telah memenangi Anugerah Merit Taman Persatuan Hortikultur Diraja.[7]